‘’woi! Jangan kacau aku berniaga! Dah, pergi main jauh-jauh!’’ jerit seorang pekedai kepada joker! Joker merupakan seorang manusia yang nampak dari segi luaran seperti seorang badut sarkas. Dengan pakaian baggynya, hidung merah besarnya dan perwatakannya yang sentiasa lucu. Walaupun personalitinya itu agak menceriakan tetapi ramai orang kampung memandang rendah padanya kerana hidupnya seolah-olah tiada tujuan melainkan melawak setiap hari! Walaupun begitu, joker diberi tempat tinggal di balairaya kampung popoo dan bila joker berasa lapar dan mahu makan, dia akan merayap ke pasar untuk mengemis makanan. Itulah tujuan joker hari ini, iaitu mencari makanan untuk menghilangkan laparnya disamping memberi hiburan pada hadirin yang ada di pasar tersebut.
Joker beredar dari gerai ikan yang baru sahaja dihalau oleh pemilik gerai tersebut sebantar tadi. Walaupun dia ditinggikan suara dimarahi tapi dia tetap ceria seolah-olah tiada apa yang perlu dirunsingkan. ‘’eh.. emak, badutlah! Eee kelakarnya hidung dia’’ kata seorang kanak-kanak pada emaknya yang kebetulan bertembung dengan Joker. Joker sambut ceria sapaan kanak-kanak itu dengan aksi akrobatik popularnya iaitu berdiri menggunakan tangan kepala ke bawah dan kaki ke atas. Aksinya itu sememangnya mendapat perhatian pengunjung di pasar tersebut. Walaupun aksi demikian selalu dibuat oleh Joker tetapi dia tidak bosan dan begitu juga penduduk kampung popoo.
Joker baru sahaja menyertai kelompok penduduk kampung popoo tiga tahun yang lalu. Selama tiga tahun dia duduk di kampung popoo, tiada seorang pun penduduk kampung di situ mengetahui dari manakah asal usul joker. Bahkan nama betulnya pun tidaklah diketahui, nama joker itu sendiri pun diberi oleh penduduk kampung popoo. Jika ditanya pada Joker dari manakah asal usulnya, Joker akan hanya ketawa dan menari-nari, kadang-kadang hanya terdiam membisu. Hendak dijadikan cerita, sebelum kehadiran joker ke kampung popoo, kampung ini sering diganggu oleh lanun tetapi sejak kehadiran joker ke kampung popoo, kampung ini sunyi dari ancaman lanun. Ramai penduduk kampung popoo berpendapat joker membawa tuah ke kampung ini. Sebab itulah dia diberi tempat tinggal percuma di balairaya kampung popoo.
‘’Jokerrr!!! Tunjukkan kami cara lambung lima botol sambil menari’’ jerit seorang pemuda yang juga kebetulan berada di situ. Joker yang tidak pernah menghampakan permintaan orang ramai terus sahaja melakukan aksi itu. Aksinya yang cukup hebat itu memerlukan latihan yang cukup lama itu dilakukan dengan mudah oleh Joker. Sambil melakukan aksi itu Joker menyanyi sebuah lagu yang agak asing bahasanya. Bahasa itu tidaklah difahami akan maksudnya oleh penduduk kampung popoo. Walaupun bahasa nyanyian itu tidaklah difahami tetapi alunan lagunya yang penuh ceria cukup merangsang emosi hadirin yang mendengar lagu joker. Joker memiliki bakat nyanyian yang luar biasa. Nyanyian joker yang penuh bertenaga itu dirai dengan tepukan dan siulan oleh penduduk kampung popoo.
Tiba-tiba sewaktu joker leka melambung-lambung botol semasa pertunjukannya, salah satu botolnya terjatuh ke atas tanah. Keadaan itu agak luar biasa kerana 3 tahun sebelum ini aksinya itu tidak pernah cacat. Penduduk kampung popoo yang turut sama menyaksikan pertunjukan itu terkejut dengan keadaan itu. Sebaik sahaja insiden itu berlaku, joker terus berhenti melakukan pertunjukkan itu dan termenung, matanya terpaku memandang ka arah laut yang begitu jelas kelihatan dari kawasan tempat joker berdiri. Penduduk kampung hairan dengan perubahan luar biasa yang dipaparkan oleh Joker. Penduduk kampung yang kehairanan turut melihat apa yang joker lihat. ‘’Arghh…LANUN!! LANUN nak serang kampung kita!!!’’ yaa, hari ini memang hari yang agak luar biasa. Lanun yang selama ini menyepi 3 tahun lalu kini muncul pada hari ini. Semua penduduk kampung popoo bertempiaran lari menuju ke arah hutan untuk menyembunyikan diri. Biasanya lanun yang menyerang kampung popoo akan bertindak zalim dan banyak nyawa yang akan terkorban, sebab itu kedatangan lanun hari ini disambut dengan melarikan diri ke arah hutan. Setelah semua penduduk kampung popoo menyembunyikan diri ke dalam hutan, kini hanya tinggal joker seorang yang berada di kawasan terbuka. Kali ini personaliti joker agak berubah yang sebelum ini mukanya hanya dihiasi senyuman dan mimik ceria, kali ini wajahnya memaparkan mimik kemarahan dan keadaannya cukup menakutkan.
Sebaik sahaja kapal lanun itu berlabuh ke jeti kampung popoo, joker melompat tinggi seolah-olah terbang seperti superman. Lompatan itu mendaratkan joker betul-betul dihadapan kapal lanun tersebut. Siapakah sebenarnya Joker ini? Sebelum ini dia hanya badut di kampung ini tetapi hari ini aksinya cukup pelik dan luar biasa tapi dari mimic mukanya yang kemarahan jelas menunjukkan dia amat benci kedatangan lanun tesebut dan seolah-olah joker mahu menghapuskan kumpulan lanun itu dengan tangannya sendiri. ‘’wow! Nampaknya kedatangan kita disambut oleh badut’’ kata sinis ketua lanun tersebut yang kini semua anak buahnya sudah mendarat ke tanah kampung popoo.
‘’baik korang semua berambus dari kampung popoo kalau tak mahu mati ngeri’’ sapaan kasar joker kepada kumpulan lanun tersebut.
‘’oh.. nampaknya badut ini mahu buat persembahan untuk kita…., kamu semua, uruskan badut bodoh ini’’ arah ketua lanun itu pada anak buahnya. Sebaik sahaja arahan itu dkeluarkan oleh ketua mereka, beberapa orang lanun menghulurkan parang untuk mengerat badan joker. Sememangnya itulah peraturan lanun bila cuba mengajar orang ramai yang cuba menentang mereka. Namun serengan lanun ini berjaya disangkal oleh joker dengan penuh selamba dan bertambah hebat lagi, kesemua lanun yang cuba menetaknya dengan parang terdampar kaku akibat serangan balas joker. Sememangnya keadaan itu memeranjatkan kesemua lanun yang ada di situ. ‘’ sudah ku khabarkan pada kalian, baik kalian semua berambus dari kampung ini kalau tak mahu mati ngeri’’ amaran joker pada lanun yang lain. Kali ini muka joker bertambah ngeri dan jelas dari mimik mukanya mengambarkan api kebenciannya pada kumpulan lanun itu.
‘’heh! Kamu fikir kamu boleh menentang kami yang seramai beratus-ratus orang ini, kalau takut pada kematian, kami takkan pilih menjadi lanun sebagai hidup kami’’ kata ketua lanun itu sambil mengeluarkan sebilah pedang yang amat busuk baunya.
‘’pedang ini berbau busuk kerana banyak darah yang telah membasahi pedang ini, sengaja aku biarkan darah itu sebati dengan pedang ini untuk menambahkan kuasa pedang ini! Pedang ini bernama pedang merah!!’’ jelas ketua lanun itu pada Joker! Sebaik sahaja ketua lanun itu menjelaskan perihal pedang itu, mimic muka joker berubah dan kini mukanya terukir sedikit senyuman ngeri!
‘’hoo, nampaknya kamu memiliki pedang warisan bangsa boboro’’ kata joker pada ketua lanun itu.
‘’pedang ini berbau busuk kerana banyak darah yang telah membasahi pedang ini, sengaja aku biarkan darah itu sebati dengan pedang ini untuk menambahkan kuasa pedang ini! Pedang ini bernama pedang merah!!’’ jelas ketua lanun itu pada Joker! Sebaik sahaja ketua lanun itu menjelaskan perihal pedang itu, mimic muka joker berubah dan kini mukanya terukir sedikit senyuman ngeri!
‘’hoo, nampaknya kamu memiliki pedang warisan bangsa boboro’’ kata joker pada ketua lanun itu.
‘’kamu berpengetahuan luas! Kamu tak nampak seperti seekor badut, gaya tarungmu sebentar tadi juga meragui diri aku untuk merendahkan kehebatan kamu, siapakah kau sebenarnya?’’ kata ketua lanun itu kepada joker.
‘’kamu tak perlu tahu siapa aku!’’ lafaz joker dan sejurus selepas dia berbuat demikian, dia terus menyerbu ke arah ketua lanun itu dan sekaligus cuba menghapuskan ketua lanun tetapi dia disekat dengan pedang merah milik ketua lanun itu. Kali ini joker tidak semudah tadi untuk menghapuskan lawannya. Badannya sedikit tertoreh dengan pedang merah itu. Pertarungan demi pertarungan, serangan demi serangan dilepaskan hingga berlarutan ke malam hari. Penduduk kampung masih menyembunyikan diri dalam hutan kerana jeritan sorak geng lanun yang menyokong ketuanya cukup kuat dan menakutkan orang kampung. Orang kampung hingga kini tidak tahu apakah yang sebenarnya yang berlaku. Kelihatan kedua-dua pihak keletihan. Jika hendak dinilai, joker agak luar biasa kerana dia mampu bertahan dalam pertarungan sengit itu dengan hanya tangan kosong tetapi lawannya itu menggunakan pedang.
‘’nampaknya hari dah lewat malam, aku ada urusan lain yang nak diuruskan, aku nak tamatkan pertarungan ini sekarang’’ kata joker. Belum sempat lawannya itu membalas kata-kata joker telahpun joker menendang padu pada muka kapten lanun itu dan membuatkan ketua lanun itu patah tengkuk dan mati di tempat kejadian. Semua anak buah lanun itu terperanjat dengan aksi terbaru joker kerana dia kelihatan tiba-tiba bertenaga setelah lama bertarung dan tekniknya kali ini agak kuat dan tinggi daya membunuhnya, jelas pada awal pertarungan tadi dia tidak mengeluarkan tenaganya yang sebenar. Orang tua ada berkata, sesuatu angkatan itu akan menjadi lemah dan tidak akan berfungsi sekiranya ketuanya tiada, begitulah yang terjadi pada kelompok lanun yang tinggal. Mereka seolah-olah tidak seberani dan seangkuh tadi, kini mereka kelihatan ketakutan dan terus berangkat ke kapal mereka untuk melarikan diri kerana bimbang kalau-kalau dibunuh joker. Joker pula hanya membiarkan lanun itu pergi berangkat pulang. Joker telah berjaya menghalau lanun-lanun itu secara berseorangan.
Siapakah joker? Apakah sejarah silamnya? Mengapa dia datang ke kampung popoo dan berlagak seperti badut. Dari manakah dia mendapat kekuatan untuk menghapuskan lanun sebentar tadi? Mari kita selami siapakah joker. Joker pada 3 tahun lalu adalah seorang pegawai marine yang bertugas untuk menghapuskan lanun di laut. Walaupun ketika itu dia seorang pegawai kerajaan tetapi dia lebih suka bertindak berseorangan untuk menghapuskan lanun-lanun kerana dia sendiri memilki satu kuasa yang luar biasa. Dia mampu menghancurkan sebuah kapal besar dengan hanya sepenumbuk. Kehebatannya itu telah menumpaskan banyak lanun hinggakan namanya begitu gah keseluruh dunia. Namanya ketika itu ialah Kapten Jalal! Seorang pemburu lanun yang ditakuti! Suatu hari dia menentang lanun yang menyerang kampung popoo dan seperti biasa tugasnya dilakukan dengan mudah dan diakhiri dengan kejayaan pada pihaknya. Sebaik sahaja dia berjaya menghapuskan kumpulan lanun itu, dia terdengar suara tangisan kanak-kanak perempuan yang menyorok dari sebalik batu. Kapten jalal (joker) menyedari kanak-kanak itu menangis bukan kerana kehilangan keluarga tetapi kerana takut dengan wajah kapten jalal yang begitu bengis dan itulah wajah kapten jalal (joker) bila dalam pertarungan. Kapten Jalal (joker) serba salah kerana telah menakutkan seorang kanak-kanak dan dari kejadian itu dia telah menghilangkan diri dari kapal marine pentadbirannya. Anak kapalnya anggap kapten jalal telah mati pada kejadian itu dan sememangnya itu yang dia rancangkan. Mulai hari itu, kapten jalal telah mengubah personalitinya kepada seorang badut atas alasan mahu menghiburkan kanak-kanak dan orang ramai hingga melupakan bahaya dan masalah yang mereka alami, kapten jalal memakai aksesori yang amat ceria kerana untuk mengaburi mata penduduk kampung akan siapakah dirinya sebenar kerana bimbang jika identitinya diketahui, sudah tentu dia tidak berpeluang untuk berlagak seperti rakyat biasa, kapten jalal juga merupakan orang berbangsa luar dan bahasa yang digunakan adalah berbeza dari penduduk kampung popoo. Dia mempelajari bahasa kaum penduduk kampung popoo sepanjang 3 tahun ini. Sememangnya itulah tujuan kapten jalal (joker) sewaktu sebelum menyertai angkatan marine. Sebelum dia menjadi anggota marine, dia berazam untuk membiarkan manusia hidup gembira tanpa sebarang rasa terancam dan kini dia lansung tak berasa bersalah dengan tindakannya itu kerana tujuannya adalah sama. Malah sumbangannya sebagai badut lebih bermakna kerana dia diterima mudah masyarakat sekeliling berbanding sewaktu dia menjadi pegawai marine yang saban hari dirinya hidup dengan penuh disiplin askar yang ketat! Pokoknya joker dahulunya adalah seorang hero dunia, siapa sangka sehingga kini reputasi kenangan silam joker masih belum diketahui orang. Joker sengaja melewatkan jangka pertarungannya sebentar tadi adalah kerana dia cuba melepaskan rindu pada suasana pertarungan yang telah lama dia tinggalkan. Dia bertarung pada masa yang lama hanya untuk lepaskan rindu bukannya kerana dia tidak berkeupayaan menamatkan pertarungan pada masa yang singkat.
Hari telahpun malam dan penduduk kampung telah keluar dari tempat penyembunyian masing-masing. Kembalinya penduduk kampung dari tempat penyembunyian disambut ceria oleh joker yang kini telah pulih dari kecederaan. Seperti biasa joker mempamerkan aksi-aksi lawaknya seolah-olah pertarungan sebelum tadi tidak memberi sebarang kesan padanya itu semua untuk menghiburkan penduduk kampung popoo yang telah sedikit terganggu fikiran kerana kedatangan lanun itu menyambut aksi joker dengan sorak sorai seolah-olah menyambut kejayaan bagi kampung popoo yang telah terselamat dari sebarang tumpah darah. Mereka gembira tetapi mereka masih belum tahu apakah perkara yang sebenarnya yang berlaku.
dalam hati badut misteri itu... '' hari ni hari pertama lanun serang waktu siang! selalunya mereka serang waktu malam ketika penduduk kampung sedang tidur..'' rupa-rupanya hal sebenar lanun sudah lama tak menyerang kampung popo tidak benar kerana badut misteri itu sering menjaga kampung Popo sepanjang masa. kebetulan hari ni tugasan rutinnya berlaku waktu siang.
Pengakhirannya, kampung popoo akan terus aman selagi joker berada dikampung tersebut kerana dialah badut yang penuh mister!!
dalam hati badut misteri itu... '' hari ni hari pertama lanun serang waktu siang! selalunya mereka serang waktu malam ketika penduduk kampung sedang tidur..'' rupa-rupanya hal sebenar lanun sudah lama tak menyerang kampung popo tidak benar kerana badut misteri itu sering menjaga kampung Popo sepanjang masa. kebetulan hari ni tugasan rutinnya berlaku waktu siang.
Pengakhirannya, kampung popoo akan terus aman selagi joker berada dikampung tersebut kerana dialah badut yang penuh mister!!
No comments:
Post a Comment